Thursday, 2 July 2015

Buyer Pertama Borong 5!

S o r e !


Seperti biasa, kerja aku cuba dan cuba untuk dapatkan income. Suruh adik aku jual kat cikgu2 n kawan2 perempuan dia haha. Alhamdulillah. First day dapat jual 5.. Cikgu smksp borong sampai 5... tq cikgu... Second day laku lagi 5. Aku bagi adik aku komisen sikit. Sampai dapat RM6 dia dalam 2 hari. Lepas tu aku suruh adik aku yang sekolah rendah pulak jual. haha tak laku ke sudah. Cikgu2 tu ada komplen warna sama je. Tapi kat facebook tak laku-laku weh!! Adoi... Dah mcm2 aku promote. T_T Herm tak pe sabar-sabar.. Lepas ni aku cuba lagi.. 

Ni koleksi aku baru buat beberapa hari yang lalu.. Baru sempat edit & upload. Bagi aku memang cantik.. Sayang sangat aku nak lepaskan. Sob2.. Tapi sebab nak modal punya pasal.. Kalau tak raya nanti aku memang nak pakai ni weh.... T_T




Aku sayang sangat dengan bracelet ni.. Sayang sangat nak lepas. huhuu Buat pemilik baru tolong jaga baik-baik okay.. T_T

Thursday, 18 June 2015

Satu Sale Pun Takde


Kalau ikutkan hati, hari ni jugak nak start kerja. Tapi satu je masalah yang ada.. Takde transport. Pengangkutan awam kat Sepang bukanlah banyak macam kat KL. Setiap 2-3 jam baru muncul. Waktu-waktu kemuncak je dia ada. Hurm. Takpelah, sabar.. Harini promote lagi. Satu sale pun tak muncul-muncul sejak semalam. Nak menangis? Tak apa, aku masih kuat. Belum lagi putus asa. Hoyeah!! Sabarlah wahai hati. Terus-terusan promote bagai nak muak. Jangan sampai terbatal ibadah puasa pulak. hehe. Yang tak puasa tu bila orang tanya puasa tak? angguk-angguk geleng-geleng saje.. Apa-apa pun alhamdulillah, hari ni baru je keluar result :") takde fail... Alhamdulillah jugak semalam ramai orang like page.. :)

Wednesday, 17 June 2015

Lahirnya Ezelrania


Aku baru je habiskan pengajian dalam bidang matematik. Tapi aku memang cenderung kepada business. Aku nak berjaya macam orang lain supaya dapat bahagiakan kedua ibu-bapa aku. Aku tahu mereka selalu kekurangan wang untuk belanja. Kalau nak beli barang-barang dapur pun berjimat. Kereta pulak selalu rosak.. Nak baiki pun mahal. Jadi aku tekad nak buat satu jenama yang akan terkenal di seluruh dunia. Pasal jewellery. Tapi, tu la aku pun tak expert sangat pasal jewellery ni. Modal pun takde. Kalau ada modal senang je nak buat... hurm... Page aku pun takde orang like lagi.... :( Sorang buyer pun tak dapat lagi... uwaa... :( Rasa macam nak putus asa je sebab tak dapat like langsung.... huhuhuhu...

Kisahnya begini, masa exam (masa exam memang banyak idea mencurah-curah) aku ternampak resin. Mulanya aku ingat nak buat bisnes resin la kononnya.. entah macam mana aku ternampak website jewellery erh. ternampak orang jual batang pin. tu yang terjadi ideanya. sampai aku tinggalkan resin aku macam tu je. . . takpe, next time aku belajar resin pulak. hehe resin ni macam orang buat keychain batu tu, keras macam kaca pun ada.

Maka, sempena kelahiran Nur Rania Milliyah, anak buah aku yang pertama, aku buatlah ezelrania. Ez el maksudnya the alive dalam bahasa Turki. Based on google translate la. Tapi tadi aku search balik, maksudnya crushed hand :( lepas tu swore pulak. hek eleh... mungkin dia ada banyak maksud kot. mungkin. . . Dalam bahasa Dutch - donkey. ehh tak kisah laa, tapi banyak guna nama ezel err

Popular Posts