Wednesday, 17 June 2015

Lahirnya Ezelrania


Aku baru je habiskan pengajian dalam bidang matematik. Tapi aku memang cenderung kepada business. Aku nak berjaya macam orang lain supaya dapat bahagiakan kedua ibu-bapa aku. Aku tahu mereka selalu kekurangan wang untuk belanja. Kalau nak beli barang-barang dapur pun berjimat. Kereta pulak selalu rosak.. Nak baiki pun mahal. Jadi aku tekad nak buat satu jenama yang akan terkenal di seluruh dunia. Pasal jewellery. Tapi, tu la aku pun tak expert sangat pasal jewellery ni. Modal pun takde. Kalau ada modal senang je nak buat... hurm... Page aku pun takde orang like lagi.... :( Sorang buyer pun tak dapat lagi... uwaa... :( Rasa macam nak putus asa je sebab tak dapat like langsung.... huhuhuhu...

Kisahnya begini, masa exam (masa exam memang banyak idea mencurah-curah) aku ternampak resin. Mulanya aku ingat nak buat bisnes resin la kononnya.. entah macam mana aku ternampak website jewellery erh. ternampak orang jual batang pin. tu yang terjadi ideanya. sampai aku tinggalkan resin aku macam tu je. . . takpe, next time aku belajar resin pulak. hehe resin ni macam orang buat keychain batu tu, keras macam kaca pun ada.

Maka, sempena kelahiran Nur Rania Milliyah, anak buah aku yang pertama, aku buatlah ezelrania. Ez el maksudnya the alive dalam bahasa Turki. Based on google translate la. Tapi tadi aku search balik, maksudnya crushed hand :( lepas tu swore pulak. hek eleh... mungkin dia ada banyak maksud kot. mungkin. . . Dalam bahasa Dutch - donkey. ehh tak kisah laa, tapi banyak guna nama ezel err

No comments:

Post a Comment

Popular Posts